Pages

Tuesday, September 17, 2013

Ikhlas 2

Kita tidak rabun atau buta,
tapi kita sengaja menutup mata,
Kerana kita lali dan leka dalam nikmatnya dosa.

Saya juga manusia yg tidak lepas dari melakukan dosa,
dan sampai sekarang saya masih leka dengan dunia.

Untuk ikhlas, ia tidak mudah,
tapi in sha Allah,
kerana segala aturan hidup kita itu dari Allah,
Dia Maha Tahu kesanggupan dan kemampuan kita,
keikhlasan kita.

Walaupun, kita berasa tak mampu  untuk ikhlas,
tetaplah berdoalah agar diberi keikhlasan.
kerana segala rasa itu datang dari Allah,
moga kita benar-benar diberi rasa ikhlas itu.
^_^"

Thursday, September 12, 2013

Ikhlas

Segala jenis perasaan yang wujud pada diri manusia,
perlu ikhlas~

Ikhlas mencinta,
Ikhlas merindu,
Ikhlas menghormati,
Ikhlas membenci.

Kalau tidak ikhlas dalam meluahkan perasaan sendiri,
Kita bukan sekadar menipu manusia,
tetapi menipu diri kita sendiri.

Menipu diri sendiri memang sakit ^_^"

Bukan kita yg berusaha mendapatkannya,
Sebab itu rasa cinta itu tidak sebegitu ketara,

Kita pewaris kesinambungannya, itu benar "
Tapi mungkin kerana bukan kita yg berjuang untuknya,
Makanya rasa cinta itu sekadar biasa-biasa,
Tidak cukup pengertian
Tidak cukup kefahaman,
Tidak merasa derita,
Makanya tidak merasa cinta~

Dalam mendapatkannya, ianya sukar..
Dalam mempertahankannya, pasti lebih sukar "


Selamat Hari Merdeka dan Salam Hari Malaysia.
Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku~

Monday, June 17, 2013

Kawalan Minda~



Dalam KMB, bila kami dalam keadaan gelak atau takut atau stress melampau, Kak Adik ( Lelaki Tinggi Berbeg Pink) akan sentiasa buat kawalan minda.

Dia akan letak dua tangan kat depan macam menyanyi nasyid dan mula buat proses "Kawalan Minda~ Kawalan Minda~" dn proses tu nampaknya berkesan..
Mungkin saya pon patot cuba kot. . .
hmmm...



Hati ini terbelah bahagi,
sama ada memaaf dan melupa,
atau membenci dan terus membiar...

Hati ini bukan semudah itu dipegang,
dan anda pula telah memegang hati ini dengan sebegitu lama,
makanya bukan mudah untuk melupakan,
seolah membenci dalam keterpaksaan,
menyayang juga dalam keterpaksaan...

tidak pula miliki hak,
atau kedudukan yang tepat untuk membenci anda,
tapi untuk menyayangi juga sangat memilukan,
luka di hati bukan semudah itu diubati. . .

#saat anda memegang hati seseorang, maka peganglah hati itu semampu mungkin,
kerna sekali terlepas, sukar sekali untuk hati itu kembali...
^_^"


Friday, June 14, 2013

Positif~

Kita sebagai manusia sentiasa berhadapan dengan situasi yang menekan,
yang buatkan kita rasa putus asa dan tidak mampu teruskan..
Tapi sejujurnya, dalam diri saya sendiri, akan ada satu suara kecil yang berbisik,

"Kau boleh punyalah~"

Dan saya rasa dalam diri orang lain pun sentiasa ada bisikan-bisikan positif (kata hati) yang mendorong mereka untuk terus bergerak ke hadapan..

Cuma kadang-kadang saya rasa tertekan bila ada yang terlalu cepat berfikiran negatif dan rasa diri sendiri tak mampu capai sesuatu yg diinginkan.

"Hang bolehlah, hang pandai. . ."
"Aku nih baca 1000 kali pon belom tentu paham, hang lain lah, hang tido dalam kelas pon boleh dapat A"
"Aku rasa mesti aku gagal punyalah.."

Sayang-sayang sekalian, saya pun pernah berada dalam situasi ini,
situasi yang mana saya rasa diri sendiri gagal (sedangkan keputusan belum keluar)
waktu saya interviu TESOL di USM, sejujurnya saya rasa saya tak mampu dapat U yg gah ni.
sebab prestasi saya dalam interviu macam... krik.. krik.. krik...
lepas ja abeh interviu, saya teros kata kat mak saya,
mak, dikya nak terjun jambatan (sarkastik melampau)

Tapi Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk saya, dan saya berjaya dapat apa yg saya mahu..
dan sejujurnya bila saya fikirkan kembali, perkara bodoh yang saya fikir saya lakukan, boleh jadi kreatif pada orang lain.. (ini saya refer pada kelas hiphop yang saya ajar waktu interviu)

So kesimpulan yang boleh kita simpulkan dari post saya yg panjang ini adalah,
kita sentiasa berhadapan sengan situasi yang menekan, tpi ingatlah, kalau kita tak mampu, Allah takkan letak kita dalam situasi tuh. . .

Peganglah pada dua ayat yg sangat bermakna nih~

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

#saya pun masih belajar mempositifkan diri, in sha Allah, sama2 kita usaha ya ^_^

Wednesday, June 12, 2013

Menghitung detik. . .

kebolehan ini, sama ada diberi atau dipulang,
itu hakNya..
anggota ini sama ada diberi atau dipulang,
itu hakNya..
jasad dan nyawa ini, sama ada diberi atau dipulang,
itu Haknya..

kita manusia lemah yang tidak mampu menerka masa hadapan,
dan tidak pula mampu kembali ke masa lalu..
bila kita katakan yang kita sayang pada seseorang,
dan kita tinggalkan dia sampai waktu dia bertemu dengan Kekasih yang lebih Utama,
dan kita rasa menyesal kerna pernah tinggalkannya dulu,
apa itu yang boleh ditakrif sebagai sayang?

saya pernah meninggalkan, dan saya rasai penyesalan itu~
saya pernah ditinggalkan, dan saya rasai kesedihan itu~

Al-Fatihah buat insan-insan yang meninggalkan kita,
moga mereka beroleh kemudahan dan kesenangan di alam sana,
in sha Allah~

#menghitung detik. . .

tadi AD bru saja teman seorang sahabat menzarah rakannya yang baru sahaja meninggal dunia.
Rakannya itu lebih muda daripada AD..
ternyata ajal tidak mengira usia..
AD pun boleh pergi bila-bila masa..
hmmmm. . .

Salam Syaaban semuanya ^_^"

Sebelum catitan amal Norazlia binti Mazli diangkat,
maafkan lah atas segala kekhilafan dan keterlanjurannya. . .

Rasulullah SAW bersabda: 
“Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)."

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَب وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعُ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yg banyak manusia lalai darinya. Bulan itu terletak diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, dimana pada bulan itu amalan diangkat kepada Tuhan Semesta Alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”.

sebagai perkongsian, hadis yang mengatakan,
"barang siapa yang meningatkan kedatangan bulan ini (sya'ban) kepada saudara yang lain maka diharamkan api neraka baginya.."
hadis ini bukan hadith sahih atau hadith hasan yang boleh dijadikan hujah menurut
sesetengah ulamak.." ( Ustaz Azhar Idrus ( Original )

#untuk mengingatkan tidaklah salah, tapi sewajarnya diambil dr sumber yang jelas dan tepat 
#saya manusia mudah khilaf, kalau salah mafkan saya~

kebenaran terbongkar!

Saya pernah merasai kehilangan sahabat-sahabat di sekeliling saya,
bila saya fikirkan,
rupanya saya sekadar memberi layanan yang biasa buat mereka,
sedangkan mereka memberi layanan yang luar biasa bagi saya,
dan ternyata ada sahabat lain yang juga memberikan layanan yang luar biasa bagi mereka~

sejujurnya. . .
saya bukan jenis manusia yang mudah memberi perhatian pada mereka,
saya jenis manusia yang sentiasa "badmood" pada waktu pagi,
saya jenis manusia yang boleh marah pada bila-bila masa,
saya jenis manusia yang tidak begitu pandai menghubungi sahabat-sahabat saya,
saya jenis manusia yang kadang-kadang tak tahu apa yang perlu saya balas dalam rentak perbualan mereka. . .

tapi Alhamdulillah~
saya bersyukur kerana masih ada sahabat-sahabat yang menerima saya seadanya,

ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang sentiasa menegur kekhilafan saya,
ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang masih tidak pernah melupakan saya,
dan masih menghubungi saya, walaupun saya jarang sekali menghubungi mereka,
ada dalam kalangan mereka yang sentiasa memberikan layanan istimewa buat saya. . .

terima kasih buat para sahabat yang sudi hadir dalam hidup Norazlia binti Mazli,
anda semua sahabat-sahabat yang sangat istimewa. . . "

saya dah start exam, doakan yea, in sha Allah~

manusia?

Sejujurnya,
saya berasakan, bilangan manusia sudah semakin berkurangan..
Sebab makhluk yang tinggal di atas muka bumi ini bukan lagi manusia,
sebaliknya entiti lain yg tidak diketahui asal-usulnya..

dalam surah Adz-Dzaariyaat (ayat 56) 
Allah SWT telah berfirman:
dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah
kepada-Ku.
jadi pada saya, entiti ini bukan manusia, 
kerana mereka tidak menurut perintah Allah SWT untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi,
sebaliknya mereka terus-terusan melakukan kemusnahan dan kemungkaran. . .
hmmmm. . .

#saya harap, saya masih boleh dikira sebagai manusia laa 0_o"








Ini antara gambar-gambar AD sepanjang berada di Australia, sekadar perkongsian buat semua.. 
berada di tempat orang, pengalamannya jauh berbeza ^_^

Friday, April 5, 2013

hEcTiC

Kadang-kadang saat kita terlalu letih, kita tak dapat nak tipu diri kita dan berpura-pura lagi. Saat itu, kita langsung tak dapat nak jaga hati sesiapa. Maaflah pada sesiapa yang pernah terasa. AD dah terlalu letih. Untuk seketika, AD dah tanggalkan topeng Jabbawockeez dan mula jadi diri sendiri (dan tak pedulikan yang lain). . .

p/s: Inilah jadinya bila hidup terlampau hectic..











Aussey! Here I come ^_^


Tuesday, March 26, 2013

Bidadara Syurga

Alhamdulilah setelah sekian lamanya menanti, akhirnya bidadara syurga telah pun hadir ke dunia.. Yeay! Anak saudara baru AD nih namanya Muhammad Atif Alfateh.. Harap-harapnya Atiff kesayangan AD nih akan membesar menjadi pejuang ISLAM yg hebat.. ameen.. in sha Allah ^_^

Busy . . .

Assalamualaikum brothers and sisters.. I'm getting pretty busy now. Don't even have enough time to post my recent activities.. With the sports event and educational trip to Aussey,  Yeahhh, very busy indeed.. Here are some pictures to let you know about my activities... haha.. enjoy   ^_^ 





Thursday, February 21, 2013

L-O-V-E


Songwriters: KAEMPFERT, BERT/GABLER, MILT
Singer Nat KING COLE
L is for the way you look at me 
O is for the only one I see 
V is very, very extraordinary 
E is even more than anyone that you adore and 

Love is all that I can give to you 
Love is more than just a game for two 
Two in love can make it 
Take my heart and please don't break it 
Love was made for me and you 

L is for the way you look at me 
O is for the only one I see 
V is very, very extraordinary 
E is even more than anyone that you adore and 

Love is all that I can give to you 
Love is more than just a game for two 
Two in love can make it 
Take my heart and please don't break it 
Love was made for me and you 

Love was made for me and you 
Love was made for me and you

In sha Allah , soon, AD and the YOLO Crew will do a special choral speaking performance regarding love and hate. Wish me luck you guys!

Sunday, February 17, 2013

Salam permulaan


Alhamdulillah, lantera merah sang putra sudah masuk babak kedua dalam pencarian ilmunya. In sha Allah, moga babak kedua ini lebih indah serta dipermudahkan-Nya. Pada semua yang bakal menjengah babak kedua dalam hidupnya, jadikan babak pertama sebagai satu pedoman dan pengajaran. Moga lebih banyak kenangan indah dan kejayan baru bisa terukir dalam babak kedua ini, in sha Allah. Salam permulaan daripada Sang Putra.

Thursday, February 14, 2013

Syukur

Alhamdulillah.. result exam sem 1 AD dah keluar, keputusannya pun kira okey lah, 3.67. Pada semua yang dah dapat resut examnya, Syukurlah atas segala keputusan serta Redha dengan ketentuannya. Kalau gagal, nak tak nak, kita kena usaha. .  Kalau cemerlang, nak tak nak, kita kena kekalkan.. Sebab, nak tak nak, akademik tetap dikira penting kan untuk kita (banyaknya nak tak nak aku nih =_=), untuk kepuasan diri sendiri jugak kan..

 PEACE!

JAP, jum layan vid nih kejap, hehe


Wednesday, February 13, 2013

Jabbawockeez!



Assalamualaikum buat rakyat jelata yang gagah melayar lantera demi menggapai cita-cita. Wah, sekarang AD memang khusyuk melayan Jabbawockeez. Ohh jiwa hip-hop ku.. Pada semua yang belum kenal Jabbawockeez, mereka nih juara American Best Dance Crew (ABDC) musim pertama, yang juga perintis pada kemunculan krew-krew tarian hip-hop selainnya. Wah, AD kalau demam hip-hop memang lama.  K, nak chao dulu, nak sambung layan vid diorang. Jom!

Tuesday, February 5, 2013

Alamanusia


Di balik tabir senja,
Aku melihat,
Merenung alam ciptaan Allah.

Alamku yang dulunya indah,
Kini dilindungi tembok gergasi,
Membikin ia suram dan sunyi.

Alamku yang dulunya ceria,
Kini dihuni manusia keji,
Membikin ia diam, tak beerti.

Mana alam yang ku kenali dulu?
Diwarnai pepohon hijau berseri,
Dilimpahi cahaya suria menerangi,
Didiami unggas menari-nari.

Mana Azaleaku yang istimewa?
Yang dulunya memberi tanpa dipinta.
Mana Bougainvilleaku  yang cekal hatinya?
Dihina dikeji dihirau semata,
Mana Rosa-Sinesisku yang dulunya dipuja semua?
Kini dipandang sebelah mata.

Manusia, dangkal akalmu manusia,
Engkau gagal menilai alam,
Sedang alam itu mengajar kita kesyukuran padaNya
Namun engkau persiakan alam itu manusia.
Dan engkau biarkan pungguk merayu-rayu.
Mergastua tertunggu-tunggu.

Sedarlah wahai manusia,
Hanya kerna alam itu tidak mampu bicara,
Lalu engkau membalasnya dengan pelbagai rupa

Sedarlah wahai manusia,
Tanpa alam, tiada engkau bernyawa,
Kembalikanlah alamku yang berwarna,
Menghias dunia tiada tara.


Bintang Harapan


Ku renung langit itu,
Hitam, gelap, sunyi, lewat malam ini,
Lalu aku mencari,
Mencari kerdipan bintang yang seakan senyum padaku,
Mencari kerdipan bintang yang menghilangkan resahku.
                                             
Apa benar cahaya yang terang itu bintang?
atau sekadar satelit kecil melingkari,
atau sekadar asteroid yang menemani.
atau mungkin juga Cassiopeia ku yang sepi.

Ku renung langit itu,
Dan sang suria itu bersinar terang seakan sedang menyapa,
Dan duniaku yang melingkarinya membentuk suatu angka,
Dan sang suria itu bersinar terang seakan membawa petanda,

Jangan bersedih wahai diri,
Kau punya angkasa yang sedia menemani,
Sebagaimana bintang yang tak akan pernah pergi,
Walau bagaimana kesedihan melewati.

Ya benar bintang itu membikin aku percaya,
Aku tidak pernah hidup sendiri,
Walau bagaimana gagal mendatangi,
Serpens, Orion, Lacerta pasti akan menemani,
Eridanus, Cepheus, Centaurus pasti di sisi.

Dan mimpiku itu lebih tinggi berbanding Gunung Mistik,
Dan mimpiku itu lebih jauh dari sang Crater.
Dan aku punya harapan,
Harapan agar kejayaan aku lebih dekat berbanding Andromeda.

Dan bukankah Sheikh Muszaphar itu sendiri pernah berkata,
Kau harus punya impian besar,
Kau harus berusaha gigih,
Kau harus percaya pada diri.

Ya aku percaya,
Bahawa langit itu bukan batasku,
Megrez itu bukan penghalangku,
Antlia itu bukan akhirku.

Aku ini umpama Sagittarius,
Di tengah Bima Sakti ia bersinar,
Moga sinaranku juga bisa dilihat orang,
Moga pancaranku juga bisa menerangi malam.

Aku ini umpama Polaris,
Dan ia tidak berubah mengikut waktu,
Moga aku kekal begini,
Kekal jadi diriku sendiri.

Aku adalah bintang,
Aku adalah galaksi,
Aku adalah segalanya di langit itu,
Dan selagi kalian melihat langit,
Kalian bisa melihat aku.
Kerna bintang harapanku berada di situ.

Lantera Merah Sang Putra


Seperti Lantera Merah yang terbang tinggi di angkasa, 
kita manusia juga punya harapan serta impian yang tergantung di dada langit. . 
yang harfiahnya sukar dicapai tanpa usaha yang istiqamah. .

Seperti Lantera Merah yang menyala gagah,
kita juga harus kuat dalam menggapai impian. .
walau sekecil mana pun impian itu, 
ianya tetap impian yang haris direalisasikan. .
impian yang mendorong kita untuk terus-terusan berusaha bernafas dan kekal hidup hingga saat ini, Alhamdulillah . .

layaknya impian seorang hamba yang mendamba syurga, dan terus-terusan beribadah pada Rabbnya dalam menggapai impiannya. .

Bayangan AD mudah, seorang putra yang melayari lantera merahnya dalam usaha menggapai impiannya mengenali alam ciptaan Rabbi . .

Dan impian AD juga gagah, menjadi seorang pengarah filem yang mampu berdakwah. in sha Allah. .

Babak Pertama

Assalamualaikum sayang-sayang semua. Blog ini dicipta khas bagi meluahkan segala rasa yang terpendam yang selama ini dicurahkan secara tidak proper di facebook (okay, stop it!)

Makanya, kita mulakan sesi perkenalan kita dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim . . .

Sayang-sayang semua, nama saya Adeiyprince Examkiller a.k.a  AD.
AD masih belajar di USM (B. Edu. TESOL).

Blog ini sekadar blog biasa yang penuh dengan harapan dan impian,
impian AD untuk menjadi seorang pengarah yang mampu berdakwah,
menjadi golongan protaz yang falah, in sha Allah. . .

Jom Layari Lantera Merah yang penuh impian gagah. . .