Pages

Thursday, January 2, 2014

Al-Fatihah buat Arwah Ahmad Ammar

Tentang Ahmad Ammar...

saya pasti perancangannya untuk menjadi seorang pendakwah
dan pembimbing ummah,
ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Allah telah menakdirkan dia pergi terlebih dahulu,
dan hikmahnya,
segala kebaikan dan keperibadian yang dimiliki Ahmad Ammar
yang tersembunyi sepanjang hayatnya,
kini tersebar setelah dia tiada.

Dan dunia kini telah mengenali siapa Ahmad Ammar,
dan berusaha menjadi sepertinya.
Dakwahnya kini tersebar.

Subhanallah~

Pada usia 20 tahun, dia telah bertemu bidadari syurganya dalam keadaan yang paling indah sekali.
Pada saat usia 20 tahun, saya masih mencari-cari. . .

Bersama keluarga. 
Ahmad Ammar ialah anak ke-4 
dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.






Ini ialah Syair Imam Syafie 
yang memberi kesan mendalam kepada Arwah Ahmad Ammar.
Bermula dari sini, Ahmad Ammar mula berkelana 
dan menyumbang kepada ummah~





Mata



Saya hanya SEORANG manusia yang punya SEPASANG mata.
Walaupun kita melihat kepada perkara yang sama,
pandangan kita mungkin berbeza.

Kerana itu bila saya mendengar pandangan orang lain,
dari sudut kaca mata mereka,
banyak perkara yang kecil sebenarnya besar,
dan banyak pula perkara besar, sebenarnya tidaklah sebesar mana.

Dan ternyata pendapat saya
mengenai pandangan mereka terhadap seseorang itu salah.
Saya fikir mereka sukakannya.
Ternyata mereka membencinya.
Inilah sudut pandangan mereka yang tidak pernah saya ketahui.

Sepasang mata saya, sudah jadi berpasang-pasang,
sejak saya sedari hakikat yang orang lain juga ada mata,
Bukan hanya saya seorang. . .