Di balik tabir
senja,
Aku melihat,
Merenung alam
ciptaan Allah.
Alamku yang
dulunya indah,
Kini dilindungi
tembok gergasi,
Membikin ia
suram dan sunyi.
Alamku yang
dulunya ceria,
Kini dihuni
manusia keji,
Membikin ia
diam, tak beerti.
Mana alam yang
ku kenali dulu?
Diwarnai pepohon
hijau berseri,
Dilimpahi cahaya
suria menerangi,
Didiami unggas
menari-nari.
Mana Azaleaku
yang istimewa?
Yang dulunya
memberi tanpa dipinta.
Mana Bougainvilleaku yang cekal hatinya?
Dihina dikeji dihirau
semata,
Mana
Rosa-Sinesisku yang dulunya dipuja semua?
Kini dipandang
sebelah mata.
Manusia,
dangkal akalmu manusia,
Engkau gagal
menilai alam,
Sedang alam itu
mengajar kita kesyukuran padaNya
Namun engkau
persiakan alam itu manusia.
Dan engkau
biarkan pungguk merayu-rayu.
Mergastua
tertunggu-tunggu.
Sedarlah wahai
manusia,
Hanya kerna
alam itu tidak mampu bicara,
Lalu engkau
membalasnya dengan pelbagai rupa
Sedarlah wahai
manusia,
Tanpa alam,
tiada engkau bernyawa,
Kembalikanlah
alamku yang berwarna,
Menghias dunia
tiada tara.
No comments:
Post a Comment