Pages

Tuesday, September 17, 2013

Ikhlas 2

Kita tidak rabun atau buta,
tapi kita sengaja menutup mata,
Kerana kita lali dan leka dalam nikmatnya dosa.

Saya juga manusia yg tidak lepas dari melakukan dosa,
dan sampai sekarang saya masih leka dengan dunia.

Untuk ikhlas, ia tidak mudah,
tapi in sha Allah,
kerana segala aturan hidup kita itu dari Allah,
Dia Maha Tahu kesanggupan dan kemampuan kita,
keikhlasan kita.

Walaupun, kita berasa tak mampu  untuk ikhlas,
tetaplah berdoalah agar diberi keikhlasan.
kerana segala rasa itu datang dari Allah,
moga kita benar-benar diberi rasa ikhlas itu.
^_^"

Thursday, September 12, 2013

Ikhlas

Segala jenis perasaan yang wujud pada diri manusia,
perlu ikhlas~

Ikhlas mencinta,
Ikhlas merindu,
Ikhlas menghormati,
Ikhlas membenci.

Kalau tidak ikhlas dalam meluahkan perasaan sendiri,
Kita bukan sekadar menipu manusia,
tetapi menipu diri kita sendiri.

Menipu diri sendiri memang sakit ^_^"

Bukan kita yg berusaha mendapatkannya,
Sebab itu rasa cinta itu tidak sebegitu ketara,

Kita pewaris kesinambungannya, itu benar "
Tapi mungkin kerana bukan kita yg berjuang untuknya,
Makanya rasa cinta itu sekadar biasa-biasa,
Tidak cukup pengertian
Tidak cukup kefahaman,
Tidak merasa derita,
Makanya tidak merasa cinta~

Dalam mendapatkannya, ianya sukar..
Dalam mempertahankannya, pasti lebih sukar "


Selamat Hari Merdeka dan Salam Hari Malaysia.
Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku~