Pages

Thursday, January 2, 2014

Al-Fatihah buat Arwah Ahmad Ammar

Tentang Ahmad Ammar...

saya pasti perancangannya untuk menjadi seorang pendakwah
dan pembimbing ummah,
ada jalan ceritanya yang tersendiri.

Allah telah menakdirkan dia pergi terlebih dahulu,
dan hikmahnya,
segala kebaikan dan keperibadian yang dimiliki Ahmad Ammar
yang tersembunyi sepanjang hayatnya,
kini tersebar setelah dia tiada.

Dan dunia kini telah mengenali siapa Ahmad Ammar,
dan berusaha menjadi sepertinya.
Dakwahnya kini tersebar.

Subhanallah~

Pada usia 20 tahun, dia telah bertemu bidadari syurganya dalam keadaan yang paling indah sekali.
Pada saat usia 20 tahun, saya masih mencari-cari. . .

Bersama keluarga. 
Ahmad Ammar ialah anak ke-4 
dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.






Ini ialah Syair Imam Syafie 
yang memberi kesan mendalam kepada Arwah Ahmad Ammar.
Bermula dari sini, Ahmad Ammar mula berkelana 
dan menyumbang kepada ummah~





Mata



Saya hanya SEORANG manusia yang punya SEPASANG mata.
Walaupun kita melihat kepada perkara yang sama,
pandangan kita mungkin berbeza.

Kerana itu bila saya mendengar pandangan orang lain,
dari sudut kaca mata mereka,
banyak perkara yang kecil sebenarnya besar,
dan banyak pula perkara besar, sebenarnya tidaklah sebesar mana.

Dan ternyata pendapat saya
mengenai pandangan mereka terhadap seseorang itu salah.
Saya fikir mereka sukakannya.
Ternyata mereka membencinya.
Inilah sudut pandangan mereka yang tidak pernah saya ketahui.

Sepasang mata saya, sudah jadi berpasang-pasang,
sejak saya sedari hakikat yang orang lain juga ada mata,
Bukan hanya saya seorang. . .

Tuesday, September 17, 2013

Ikhlas 2

Kita tidak rabun atau buta,
tapi kita sengaja menutup mata,
Kerana kita lali dan leka dalam nikmatnya dosa.

Saya juga manusia yg tidak lepas dari melakukan dosa,
dan sampai sekarang saya masih leka dengan dunia.

Untuk ikhlas, ia tidak mudah,
tapi in sha Allah,
kerana segala aturan hidup kita itu dari Allah,
Dia Maha Tahu kesanggupan dan kemampuan kita,
keikhlasan kita.

Walaupun, kita berasa tak mampu  untuk ikhlas,
tetaplah berdoalah agar diberi keikhlasan.
kerana segala rasa itu datang dari Allah,
moga kita benar-benar diberi rasa ikhlas itu.
^_^"

Thursday, September 12, 2013

Ikhlas

Segala jenis perasaan yang wujud pada diri manusia,
perlu ikhlas~

Ikhlas mencinta,
Ikhlas merindu,
Ikhlas menghormati,
Ikhlas membenci.

Kalau tidak ikhlas dalam meluahkan perasaan sendiri,
Kita bukan sekadar menipu manusia,
tetapi menipu diri kita sendiri.

Menipu diri sendiri memang sakit ^_^"

Bukan kita yg berusaha mendapatkannya,
Sebab itu rasa cinta itu tidak sebegitu ketara,

Kita pewaris kesinambungannya, itu benar "
Tapi mungkin kerana bukan kita yg berjuang untuknya,
Makanya rasa cinta itu sekadar biasa-biasa,
Tidak cukup pengertian
Tidak cukup kefahaman,
Tidak merasa derita,
Makanya tidak merasa cinta~

Dalam mendapatkannya, ianya sukar..
Dalam mempertahankannya, pasti lebih sukar "


Selamat Hari Merdeka dan Salam Hari Malaysia.
Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku~

Monday, June 17, 2013

Kawalan Minda~



Dalam KMB, bila kami dalam keadaan gelak atau takut atau stress melampau, Kak Adik ( Lelaki Tinggi Berbeg Pink) akan sentiasa buat kawalan minda.

Dia akan letak dua tangan kat depan macam menyanyi nasyid dan mula buat proses "Kawalan Minda~ Kawalan Minda~" dn proses tu nampaknya berkesan..
Mungkin saya pon patot cuba kot. . .
hmmm...



Hati ini terbelah bahagi,
sama ada memaaf dan melupa,
atau membenci dan terus membiar...

Hati ini bukan semudah itu dipegang,
dan anda pula telah memegang hati ini dengan sebegitu lama,
makanya bukan mudah untuk melupakan,
seolah membenci dalam keterpaksaan,
menyayang juga dalam keterpaksaan...

tidak pula miliki hak,
atau kedudukan yang tepat untuk membenci anda,
tapi untuk menyayangi juga sangat memilukan,
luka di hati bukan semudah itu diubati. . .

#saat anda memegang hati seseorang, maka peganglah hati itu semampu mungkin,
kerna sekali terlepas, sukar sekali untuk hati itu kembali...
^_^"