Pages

Wednesday, June 12, 2013

Salam Syaaban semuanya ^_^"

Sebelum catitan amal Norazlia binti Mazli diangkat,
maafkan lah atas segala kekhilafan dan keterlanjurannya. . .

Rasulullah SAW bersabda: 
“Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani)."

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَب وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعُ عَمَلِيْ وَأَنَا صَائِمٌ

“Itulah bulan yg banyak manusia lalai darinya. Bulan itu terletak diantara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, dimana pada bulan itu amalan diangkat kepada Tuhan Semesta Alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”.

sebagai perkongsian, hadis yang mengatakan,
"barang siapa yang meningatkan kedatangan bulan ini (sya'ban) kepada saudara yang lain maka diharamkan api neraka baginya.."
hadis ini bukan hadith sahih atau hadith hasan yang boleh dijadikan hujah menurut
sesetengah ulamak.." ( Ustaz Azhar Idrus ( Original )

#untuk mengingatkan tidaklah salah, tapi sewajarnya diambil dr sumber yang jelas dan tepat 
#saya manusia mudah khilaf, kalau salah mafkan saya~

kebenaran terbongkar!

Saya pernah merasai kehilangan sahabat-sahabat di sekeliling saya,
bila saya fikirkan,
rupanya saya sekadar memberi layanan yang biasa buat mereka,
sedangkan mereka memberi layanan yang luar biasa bagi saya,
dan ternyata ada sahabat lain yang juga memberikan layanan yang luar biasa bagi mereka~

sejujurnya. . .
saya bukan jenis manusia yang mudah memberi perhatian pada mereka,
saya jenis manusia yang sentiasa "badmood" pada waktu pagi,
saya jenis manusia yang boleh marah pada bila-bila masa,
saya jenis manusia yang tidak begitu pandai menghubungi sahabat-sahabat saya,
saya jenis manusia yang kadang-kadang tak tahu apa yang perlu saya balas dalam rentak perbualan mereka. . .

tapi Alhamdulillah~
saya bersyukur kerana masih ada sahabat-sahabat yang menerima saya seadanya,

ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang sentiasa menegur kekhilafan saya,
ada dalam kalangan sahabat-sahabat saya yang masih tidak pernah melupakan saya,
dan masih menghubungi saya, walaupun saya jarang sekali menghubungi mereka,
ada dalam kalangan mereka yang sentiasa memberikan layanan istimewa buat saya. . .

terima kasih buat para sahabat yang sudi hadir dalam hidup Norazlia binti Mazli,
anda semua sahabat-sahabat yang sangat istimewa. . . "

saya dah start exam, doakan yea, in sha Allah~

manusia?

Sejujurnya,
saya berasakan, bilangan manusia sudah semakin berkurangan..
Sebab makhluk yang tinggal di atas muka bumi ini bukan lagi manusia,
sebaliknya entiti lain yg tidak diketahui asal-usulnya..

dalam surah Adz-Dzaariyaat (ayat 56) 
Allah SWT telah berfirman:
dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah
kepada-Ku.
jadi pada saya, entiti ini bukan manusia, 
kerana mereka tidak menurut perintah Allah SWT untuk beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi,
sebaliknya mereka terus-terusan melakukan kemusnahan dan kemungkaran. . .
hmmmm. . .

#saya harap, saya masih boleh dikira sebagai manusia laa 0_o"








Ini antara gambar-gambar AD sepanjang berada di Australia, sekadar perkongsian buat semua.. 
berada di tempat orang, pengalamannya jauh berbeza ^_^

Friday, April 5, 2013

hEcTiC

Kadang-kadang saat kita terlalu letih, kita tak dapat nak tipu diri kita dan berpura-pura lagi. Saat itu, kita langsung tak dapat nak jaga hati sesiapa. Maaflah pada sesiapa yang pernah terasa. AD dah terlalu letih. Untuk seketika, AD dah tanggalkan topeng Jabbawockeez dan mula jadi diri sendiri (dan tak pedulikan yang lain). . .

p/s: Inilah jadinya bila hidup terlampau hectic..











Aussey! Here I come ^_^


Tuesday, March 26, 2013

Bidadara Syurga

Alhamdulilah setelah sekian lamanya menanti, akhirnya bidadara syurga telah pun hadir ke dunia.. Yeay! Anak saudara baru AD nih namanya Muhammad Atif Alfateh.. Harap-harapnya Atiff kesayangan AD nih akan membesar menjadi pejuang ISLAM yg hebat.. ameen.. in sha Allah ^_^

Busy . . .

Assalamualaikum brothers and sisters.. I'm getting pretty busy now. Don't even have enough time to post my recent activities.. With the sports event and educational trip to Aussey,  Yeahhh, very busy indeed.. Here are some pictures to let you know about my activities... haha.. enjoy   ^_^