Pages

Thursday, January 2, 2014

Mata



Saya hanya SEORANG manusia yang punya SEPASANG mata.
Walaupun kita melihat kepada perkara yang sama,
pandangan kita mungkin berbeza.

Kerana itu bila saya mendengar pandangan orang lain,
dari sudut kaca mata mereka,
banyak perkara yang kecil sebenarnya besar,
dan banyak pula perkara besar, sebenarnya tidaklah sebesar mana.

Dan ternyata pendapat saya
mengenai pandangan mereka terhadap seseorang itu salah.
Saya fikir mereka sukakannya.
Ternyata mereka membencinya.
Inilah sudut pandangan mereka yang tidak pernah saya ketahui.

Sepasang mata saya, sudah jadi berpasang-pasang,
sejak saya sedari hakikat yang orang lain juga ada mata,
Bukan hanya saya seorang. . .

No comments:

Post a Comment