Pages

Tuesday, September 17, 2013

Ikhlas 2

Kita tidak rabun atau buta,
tapi kita sengaja menutup mata,
Kerana kita lali dan leka dalam nikmatnya dosa.

Saya juga manusia yg tidak lepas dari melakukan dosa,
dan sampai sekarang saya masih leka dengan dunia.

Untuk ikhlas, ia tidak mudah,
tapi in sha Allah,
kerana segala aturan hidup kita itu dari Allah,
Dia Maha Tahu kesanggupan dan kemampuan kita,
keikhlasan kita.

Walaupun, kita berasa tak mampu  untuk ikhlas,
tetaplah berdoalah agar diberi keikhlasan.
kerana segala rasa itu datang dari Allah,
moga kita benar-benar diberi rasa ikhlas itu.
^_^"

Thursday, September 12, 2013

Ikhlas

Segala jenis perasaan yang wujud pada diri manusia,
perlu ikhlas~

Ikhlas mencinta,
Ikhlas merindu,
Ikhlas menghormati,
Ikhlas membenci.

Kalau tidak ikhlas dalam meluahkan perasaan sendiri,
Kita bukan sekadar menipu manusia,
tetapi menipu diri kita sendiri.

Menipu diri sendiri memang sakit ^_^"

Bukan kita yg berusaha mendapatkannya,
Sebab itu rasa cinta itu tidak sebegitu ketara,

Kita pewaris kesinambungannya, itu benar "
Tapi mungkin kerana bukan kita yg berjuang untuknya,
Makanya rasa cinta itu sekadar biasa-biasa,
Tidak cukup pengertian
Tidak cukup kefahaman,
Tidak merasa derita,
Makanya tidak merasa cinta~

Dalam mendapatkannya, ianya sukar..
Dalam mempertahankannya, pasti lebih sukar "


Selamat Hari Merdeka dan Salam Hari Malaysia.
Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku~

Monday, June 17, 2013

Kawalan Minda~



Dalam KMB, bila kami dalam keadaan gelak atau takut atau stress melampau, Kak Adik ( Lelaki Tinggi Berbeg Pink) akan sentiasa buat kawalan minda.

Dia akan letak dua tangan kat depan macam menyanyi nasyid dan mula buat proses "Kawalan Minda~ Kawalan Minda~" dn proses tu nampaknya berkesan..
Mungkin saya pon patot cuba kot. . .
hmmm...



Hati ini terbelah bahagi,
sama ada memaaf dan melupa,
atau membenci dan terus membiar...

Hati ini bukan semudah itu dipegang,
dan anda pula telah memegang hati ini dengan sebegitu lama,
makanya bukan mudah untuk melupakan,
seolah membenci dalam keterpaksaan,
menyayang juga dalam keterpaksaan...

tidak pula miliki hak,
atau kedudukan yang tepat untuk membenci anda,
tapi untuk menyayangi juga sangat memilukan,
luka di hati bukan semudah itu diubati. . .

#saat anda memegang hati seseorang, maka peganglah hati itu semampu mungkin,
kerna sekali terlepas, sukar sekali untuk hati itu kembali...
^_^"


Friday, June 14, 2013

Positif~

Kita sebagai manusia sentiasa berhadapan dengan situasi yang menekan,
yang buatkan kita rasa putus asa dan tidak mampu teruskan..
Tapi sejujurnya, dalam diri saya sendiri, akan ada satu suara kecil yang berbisik,

"Kau boleh punyalah~"

Dan saya rasa dalam diri orang lain pun sentiasa ada bisikan-bisikan positif (kata hati) yang mendorong mereka untuk terus bergerak ke hadapan..

Cuma kadang-kadang saya rasa tertekan bila ada yang terlalu cepat berfikiran negatif dan rasa diri sendiri tak mampu capai sesuatu yg diinginkan.

"Hang bolehlah, hang pandai. . ."
"Aku nih baca 1000 kali pon belom tentu paham, hang lain lah, hang tido dalam kelas pon boleh dapat A"
"Aku rasa mesti aku gagal punyalah.."

Sayang-sayang sekalian, saya pun pernah berada dalam situasi ini,
situasi yang mana saya rasa diri sendiri gagal (sedangkan keputusan belum keluar)
waktu saya interviu TESOL di USM, sejujurnya saya rasa saya tak mampu dapat U yg gah ni.
sebab prestasi saya dalam interviu macam... krik.. krik.. krik...
lepas ja abeh interviu, saya teros kata kat mak saya,
mak, dikya nak terjun jambatan (sarkastik melampau)

Tapi Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk saya, dan saya berjaya dapat apa yg saya mahu..
dan sejujurnya bila saya fikirkan kembali, perkara bodoh yang saya fikir saya lakukan, boleh jadi kreatif pada orang lain.. (ini saya refer pada kelas hiphop yang saya ajar waktu interviu)

So kesimpulan yang boleh kita simpulkan dari post saya yg panjang ini adalah,
kita sentiasa berhadapan sengan situasi yang menekan, tpi ingatlah, kalau kita tak mampu, Allah takkan letak kita dalam situasi tuh. . .

Peganglah pada dua ayat yg sangat bermakna nih~

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

#saya pun masih belajar mempositifkan diri, in sha Allah, sama2 kita usaha ya ^_^

Wednesday, June 12, 2013

Menghitung detik. . .

kebolehan ini, sama ada diberi atau dipulang,
itu hakNya..
anggota ini sama ada diberi atau dipulang,
itu hakNya..
jasad dan nyawa ini, sama ada diberi atau dipulang,
itu Haknya..

kita manusia lemah yang tidak mampu menerka masa hadapan,
dan tidak pula mampu kembali ke masa lalu..
bila kita katakan yang kita sayang pada seseorang,
dan kita tinggalkan dia sampai waktu dia bertemu dengan Kekasih yang lebih Utama,
dan kita rasa menyesal kerna pernah tinggalkannya dulu,
apa itu yang boleh ditakrif sebagai sayang?

saya pernah meninggalkan, dan saya rasai penyesalan itu~
saya pernah ditinggalkan, dan saya rasai kesedihan itu~

Al-Fatihah buat insan-insan yang meninggalkan kita,
moga mereka beroleh kemudahan dan kesenangan di alam sana,
in sha Allah~

#menghitung detik. . .

tadi AD bru saja teman seorang sahabat menzarah rakannya yang baru sahaja meninggal dunia.
Rakannya itu lebih muda daripada AD..
ternyata ajal tidak mengira usia..
AD pun boleh pergi bila-bila masa..
hmmmm. . .